Log masuk

Bukti Taruhan lwn. Bukti Kerja: Apakah Perbezaannya?

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Bukti Taruhan lwn. Bukti Kerja: Apakah Perbezaannya?

Dalam artikel ini, kami akan menerokai perbezaan antara Bukti Taruhan (PoS) dan Bukti Kerja (PoW), iaitu dua mekanisme konsensus asas yang digunakan dalam rangkaian rantaian blok.

Apakah mekanisme konsensus?

Mekanisme konsensus ialah protokol atau algoritma yang digunakan dalam rangkaian rantaian blok untuk mencapai persetujuan dalam kalangan peserta teragih berkenaan dengan kesahan urus niaga dan keadaan lejar. Mereka memastikan bahawa semua nod dalam rangkaian mencapai pemahaman bersama mengenai keadaan semasa rantaian blok tanpa memerlukan pihak berkuasa pusat.

Mekanisme konsensus membolehkan rangkaian terpencar berfungsi dengan pasti dan selamat dengan menghalang perbelanjaan berganda dan memastikan ketidakbolehubah urus niaga yang direkodkan. Mekanisme konsensus yang popular termasuk Bunti Kerja (PoW), Bukti Taruhan dan banyak lagi, setiap satu disertakan dengan set peraturan dan insentif tersendiri untuk peserta rangkaian.

Memahami bukti kerja (PoW)

PoW ialah mekanisme konsensus yang digunakan dalam rangkaian rantaian blok untuk mengesahkan dan menjamin urus niaga. Dalam PoW, pelombong bersaing untuk menyelesaikan teka-teki matematik yang rumit, sekali gus memerlukan kuasa pengiraan yang ketara. Pelombong pertama yang menyelesaikan teka-teki menyebarkan penyelesaian ke rangkaian, sekali gus memperoleh hak untuk menambah blok baharu pada rantaian blok dan menerima ganjaran dalam mata wang kripto.

Proses ini memastikan bahawa urus niaga disahkan dan ditambah ke dalam rantaian blok secara terpencar dan selamat, kerana mengubah blok-blok sebelumnya akan memerlukan usaha melakukan semula kerja untuk blok-blok seterusnya, sekali gus menjadikan usaha ini tidak dapat dilaksanakan.

Menerokai bukti taruhan (PoS)

Bukti Taruhan (PoS) ialah mekanisme konsensus iaitu pemeriksa mengesahkan urus niaga berdasarkan mata wang kripto yang mereka taruhkan. Berbeza dengan Bukti Kerja (PoW), yang bergantung pada teka-teki pengiraan, PoS memilih pemeriksa berdasarkan jumlah mata wang kripto mereka yang dipertaruhkan dan tempoh penyimpanan mereka.

Kebarangkalian dipilih sebagai pemeriksa dan mendapat ganjaran adalah berkadar terus dengan jumlah mata wang kripto yang dikekalkan. Ini memberi insentif kepada pemeriksa untuk bertindak dengan jujur, kerana mereka mempunyai kepentingan kewangan demi mengekalkan integriti rangkaian.

Tukar ganti PoW dan PoS

Tukar ganti merujuk kepada kompromi atau pengorbanan yang dibuat apabila memilih antara pelbagai pilihan atau penyelesaian. Dalam konteks mekanisme konsensus rantaian blok seperti PoW dan Bukti Taruhan PoS, terdapat beberapa tukar ganti yang perlu dipertimbangkan.

Bukti kerjaBukti taruhan
Keselamatan lwn. kecekapanPoW menawarkan keselamatan yang kukuh dengan memerlukan kerja pengiraan yang ketara untuk mengesahkan urus niaga, sekali gus menjadikan ciri ini tahan terhadap serangan. Walau bagaimanapun, keselamatan ini datang dengan kos penggunaan tenaga yang tinggi dan masa pemprosesan urus niaga yang lebih lambat.PoS bergantung kepada taruhan ekonomi pemeriksa untuk melindungi rangkaian, yang mungkin menjadikan ciri ini lebih cekap tenaga dan boleh diskalakan. Walau bagaimanapun, mungkin ada kebimbangan tentang keselamatan rangkaian PoS, terutamanya jika pemeriksa boleh mengumpulkan sebahagian besar penawaran mata wang kripto.
Pemencaran lwn. pemusatanPoW berhasrat untuk mengekalkan pemencaran dengan cara membenarkan sesiapa sahaja dengan sumber pengiraan yang diperlukan untuk menyertai aktiviti perlombongan. Walau bagaimanapun, peningkatan kumpulan perlombongan yang besar boleh menimbulkan kebimbangan pemusatan apabila beberapa kumpulan mengawal bahagian besar kadar cincangan rangkaian.PoS berusaha mencapai pemencaran dengan mengagihkan kuasa berdasarkan jumlah mata wang kripto yang dipertaruhkan. Walau bagaimanapun, terdapat risiko pemusatan dalam kalangan pemeriksa dengan saham besar, yang mungkin mengancam integriti rangkaian.
Kesan alam sekitar lwn. kelestarian
Penggunaan tenaga tinggi PoW telah menimbulkan kebimbangan tentang kesan alam sekitar, terutamanya apabila permintaan untuk perlombongan mata wang kripto terus meningkat.PoS sering dianggap lebih mesra alam berbanding PoW disebabkan keperluan tenaga yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, kebolehlestarian jangka panjang rangkaian PoS bergantung kepada faktor seperti insentif penyemak dan tadbir urus rangkaian.
Kebolehskalaan lwn. keselamatanSifat yang memerlukan sumber PoW boleh mengakibatkan cabaran kebolehskalaan, seperti waktu pengesahan urus niaga yang lebih lambat semasa tempoh aktiviti rangkaian yang tinggi.PoS mungkin akan menawarkan faedah manfaat kebolehskalaan disebabkan keperluan sumber yang lebih rendah, yang mungkin membolehkan pemprosesan urus niaga yang lebih cepat. Walau bagaimanapun, memastikan kebolehskalaan tanpa menjejaskan keselamatan tetap menjadi cabaran bagi rangkaian PoS.

Memahami tukar ganti ini adalah penting bagi pihak berkepentingan dalam ekosistem rantaian blok untuk membuat keputusan termaklum tentang mekanisme konsensus, penyertaan rangkaian, serta keutamaan pembangunan.

Kesimpulan: Bukti taruhan lwn. Bukti kerja

Secara kesimpulannya, walaupun Bukti Taruhan (PoS) dan Bukti Kerja (PoW) mewakili pendekatan yang berbeza dalam mencapai konsensus dalam rangkaian rantaian blok, setiap satu datang dengan rangkaian tukar ganti tersendiri. PoS menawarkan potensi kelebihan dalam kecekapan tenaga dan kebolehskalaan tetapi harus menangani kebimbangan berkenaan pemencaran dan keselamatan, manakala keselamatan kukuh PoW datang dengan penggunaan tenaga dan cabaran kebolehskalaan yang besar.

Ikuti kami di Telegram, Instagram dan Facebook untuk mendapatkan kemas kini Headway serta-merta.