Log masuk

Bagaimanakah Cara Menentukan Sokongan dan Rintangan Dengan Fibonacci?

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Bagaimanakah Cara Menentukan Sokongan dan Rintangan Dengan Fibonacci?

Jujukan Fibonacci ialah satu set nombor, iaitu setiap nombor adalah hasil tambah bagi dua nombor yang lebih awal. Jujukan ini bermula dengan 0 dan 1, serta beberapa nombor pertama ialah 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34 dan seterusnya. Dalam perdagangan, nombor Fibonacci sering digunakan untuk mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan yang berpotensi dalam carta harga.

Apakah anjakan Fibonacci?

Terdapat alat yang digelar anjakan Fibonacci. Alat berkenaan melukis garisan mendatar pada carta di tahap Fibonacci utama 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8% dan 100%.

Tahap ini dikira berdasarkan pergerakan harga terdahulu. Kaedah ini boleh digunakan untuk melihat kawasan yang berpotensi untuk membeli atau menjual aset (iaitu titik masuk atau keluar daripada perdagangan.)

Fibonacci boleh membantu jika anda perlu mengenal pasti arah aliran, melukis tahap anjakan, menentukan tahap sokongan dan rintangan, serta mengesahkan alat analisis lain. Ayuh lihat cara anda boleh menggunakan Fibo untuk menganalisis harga pada tahap pemula.

Bagaimanakah cara mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan dengan Fibonacci?

1. Kenal pasti titik ayunan tinggi dan ayunan rendah. Ini adalah dua mata yang menentukan pergerakan harga sebelumnya.

2. Gunakan alat anjakan Fibonacci. Gunakan ayunan tinggi dan ayunan rendah sebagai titik rujukan. Alat berkenaan akan melukis garisan mendatar pada carta di tahap Fibonacci utama 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8% dan 100%.

3. Kenal pasti potensi tahap sokongan dan rintangan. Tahap 38.2%, 50% dan 61.8% sering dianggap sebagai tahap yang paling penting.

4. Gunakan alat lain untuk tujuan pengesahan. Anda juga boleh menggunakan alat analisis teknikal lain, seperti garisan arah aliran atau purata bergerak, untuk mengesahkan tahap sokongan dan rintangan yang berpotensi.

5. Buat keputusan perdagangan berdasarkan maklumat. Setelah tahap dikenal pasti, gunakan maklumat ini untuk membuka kedudukan. Contohnya, beli aset berhampiran tahap sokongan atau jual aset berhampiran tahap rintangan.

Apakah ciri lain yang boleh digunakan dengan Fibonacci?

Untuk mengesahkan analisis Fibonacci, anda boleh menggunakan Purata Bergerak, garisan arah aliran, corak kaki lilin, Indeks Kekuatan Relatif (RSI) dan Perbezaan Penumpuan Purata Bergerak (MACD).

Ikuti kami di media sosial (Telegram, Instagram, Facebook) untuk mendapatkan kemas kini Headway dengan segera.