Log masuk

Bagaimanakah Cara Beralih daripada Akaun Demo kepada Akaun Sebenar?

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Bagaimanakah Cara Beralih daripada Akaun Demo kepada Akaun Sebenar?

Apabila anda beralih daripada akaun demo kepada akaun dagangan sebenar, anda dinasihatkan untuk berbuat demikian dengan berhati-hati dan penuh pertimbangan. Dalam artikel ini, pakar Headway berkongsi beberapa petua untuk membantu anda memulakan dagangan dengan wang sebenar.

🐥 Bermula secara ringkas dan perlahan

Petua pertama adalah bermula dengan deposit kecil. Mulakan dengan deposit permulaan kecil yang anda mampu hilang tanpa memudaratkan kewangan anda. Ini membolehkan anda memperoleh pengalaman perdagangan sebenar di samping meminimumkan potensi kerugian. Apabila anda lebih selesa dan yakin, anda boleh membuat pertimbangan untuk meningkatkan modal dagangan anda secara beransur-ansur.

Selain itu, cuba berdagang dengan saiz kedudukan yang lebih kecil berbanding dengan baki akaun anda. Pendekatan ini membolehkan anda membiasakan diri dengan keadaan pasaran sebenar dan mengurus emosi anda dengan lebih baik apabila wang sebenar menjadi taruhan.

Untuk membantu anda mengawal dana anda, gunakan strategi dagangan yang lebih mudah sebelum meneroka strategi yang lebih kompleks. Kesederhanaan membolehkan pemahaman dan pelaksanaan yang lebih baik, oleh itu mengurangkan kemungkinan akan berlakunya kesilapan yang merugikan.

🛡️ Siapkan diri anda untuk menghadapi risiko dan kerugian

Kunci kejayaan dagangan pada akaun sebenar ialah pelan pengurusan risiko yang mendalam. Tentukan jumlah maksimum modal yang anda sanggup risikokan bagi setiap dagangan atau keseluruhan dalam akaun dagangan anda. Gunakan pesanan Henti Rugi untuk mengehadkan potensi kerugian dan menggunakan teknik pengubahan saiz kedudukan yang betul bagi mengurus risiko dengan berkesan.

Namun, anda perlu memahami bahawa kerugian adalah sebahagian daripada perdagangan. Malah pedagang berpengalaman juga mengalami kerugian. Bersiap sedia untuk menerima kerugian sebagai peluang pembelajaran dan kekal berdisiplin semasa mengikuti pelan dagangan anda.

Berdagang dengan wang sebenar memerlukan pembelajaran secara berterusan. Ikuti perkembangan berita pasaran, penunjuk ekonomi dan perubahan keadaan dagangan. Ikuti Headway di Telegram untuk mengikuti perkembangan terkini.

🌍 Berpijak di bumi nyata

Walaupun anda telah melakar kejayaan dalam akaun demo, anda dinasihatkan untuk menguji strategi anda secara menyeluruh dalam keadaan pasaran sebenar sebelum melibatkan wang sebenar. Perdagangan sebenar memberikan cabaran yang berbeza, seperti gelinciran, isu kecairan dan tekanan emosi. Lakukan ujian belakang terhadap strategi anda, gunakan saiz kedudukan yang lebih kecil pada mulanya dan secara beransur-ansur menjamin prestasi dengan dagangan sebenar.

🎭 Kawal emosi

Emosi mampu memberi kesan ketara terhadap keputusan perdagangan. Elakkan membuat perdagangan impulsif berdasarkan ketakutan, ketamakan atau keseronokan. Berpegang pada pelan dan strategi dagangan anda, serta jangan biarkan emosi menghalang anda daripada membuat keputusan yang rasional. Sesetengah pedagang kadangkala berdagang secara berlebihan, iaitu berdasarkan dorongan atau keinginan untuk memulihkan kerugian dengan cepat. Elakkan dendam perdagangan selepas kerugian dan kekalkan disiplin semasa melaksanakan dagangan mengikut kriteria strategi anda.

Apabila anda mula berdagang pada akaun sebenar, anda kadangkala cenderung untuk bersikap terlalu percaya diri, terutamanya jika anda telah melakar kejayaan dalam akaun demo. Elakkan sikap terlalu percaya diri dan bersiap sedia untuk menyesuaikan strategi anda berdasarkan keadaan pasaran dan maklum balas daripada dagangan anda.

Ikuti kami di Telegram, Instagram dan Facebook untuk mendapatkan kemas kini Headway dengan segera.