Headway di Festival FinTech Asia 2023

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Headway di Festival FinTech Asia 2023

Pada 27-28 September, pasukan Headway telah berkunjung ke Bangkok, Thailand, untuk menyertai Festival FinTech Asia 2023. Headway ialah penaja platinum Festival. Ekspo itu menyatukan industri yang berbeza: perbankan, kewangan peribadi, AI, WEB3, blok rantai, perdagangan dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut tentang acara dan pembentangan Headway dengan galeri foto kami.

Bertemu pedagang kami di luar talian

Pasukan Headway menghadiri Festival untuk bertemu pedagang secara langsung. Perwakilan kami telah mengadakan perbincangan yang berharga bersama dengan klien serta rakan kongsi yang baharu dan mapan. Kami telah bertemu tetamu bukan sahaja dari Thailand, tetapi juga dari Indonesia, Malaysia dan India. Rakan kongsi Headway berkongsi, “Seronok melihat orang yang berfikiran sehaluan berkumpul bersama.”

Pengunjung kami telah mengetahui tentang keadaan dan peluang dagangan Headway secara langsung. Angela Gruzdova, Pengarah Keprihatinan Pelanggan, berkata, “Saya gembira dapat bertemu dan membincangkan perspektif perniagaan yang berbeza dan bertemu dengan pelanggan dan rakan kongsi kami yang dihormati.”

Semasa ekspo, kami menghadiahkan beg berjenama yang diisi dengan barang dagangan kami kepada atendan yang aktif. Mereka menghargai hadiah – anda boleh lihat dalam gambar.

Gerai festival kami

Mahkota, yang digunakan dalam logo syarikat kami, merupakan tema untuk gerai festival kami. Kami menggunakan nilai estetik diraja dalam reka bentuk dan memasang singgahsana sebenar dalam reruai foto.

Selaras dengan kepercayaan kami bahawa setiap insan berpotensi untuk menguasai pasaran dagangan, kami menggalakkan pengunjung untuk mengambil gambar sambil duduk di atas takhta dagangan kami. Sesiapa sahaja boleh menjadi raja dan permaisuri perdagangan.

Lebih banyak hadiah!

Sebagai tanda penghargaan kepada para pengunjung, kami mengadakan cabutan bertuah selama dua hari. Hadiah menarik termasuk dua iPhone 14 Pro Max dan enam kemeja-T polo berjenama. Kegembiraan yang terpancar melalui wajah para pemenang apabila mereka menerima hadiah benar-benar membangkitkan semangat. Anda boleh saksikan dalam foto di bawah.

Temui kami di ekspo berikutnya di kawasan anda! Ikuti kami di Telegram dan Instagram untuk mengetahui perkembangan terkini.