Log masuk

Anak Bongsu Menghantar Bapanya ke Tanah Suci | Dreamway

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Anak Bongsu Menghantar Bapanya ke Tanah Suci | Dreamway

Aspirasi anda amat penting. Kami membuktikannya! Pada bulan Ogos, kami mempunyai pusingan pembukaan promo Dreamway. Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa pemenang pertama ialah Pak Jayadi dari Makasar, Indonesia. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan berkongsi kisahnya dengan anda.

Cara Jayadi menyertai Dreamway

Pada 1 Ogos, kami berkongsi siaran di halaman Facebook Indonesia kami. Jayadi telah meninggalkan komen bersama peserta lain. Pemuda itu menulis:

“Impian saya adalah untuk ayah saya yang sudah tua, semakin hari semakin lemah dan sakit, malah dia berkata, ‘Hidup saya tidak lama lagi.’ Saya mahu menghantarnya untuk menunaikan Haji atau Umrah. Sekurang-kurangnya, ibadah yang dilakukannya selama ini sebagai seorang muslim akan sempurna selari dengan rukun Islam yang wajib dipatuhi.”

Mesej beliau telah menyentuh hati pasukan kami. Kami memutuskan untuk menghubunginya dan mengetahui lebih lanjut tentang keadaan bapanya. Jayadi membalas mesej kami dengan segera. Kami bersetuju dengan tarikh lawatan itu.

Perjalanan ke Makasar

Pasukan Headway telah pergi ke Makasar untuk menghantar sendiri hadiah kepada keluarga Jayadi. Pemuda itu telah memperkenalkan insan yang beliau amat sayangi kepada kami iaitu ayah dan dua adik perempuannya.

Umar Saga, iaitu bapa Jayadi, ialah seorang ustaz di kampung yang dihuni oleh penduduk beragama Islam. Dia juga berkebun mengikut tahap kemampuan dan kudratnya. Beberapa tahun kebelakangan ini, Encik Umar menghidap asma akut. Namun, dia berkebun setiap hari untuk meneruskan hidup di zaman perindustrian dan kemajuan.

Untuk berterima kasih kepada bapa yang telah bertungkus-lumus membesarkannya, Encik Jayadi mendoakan agar bapanya dapat menunaikan umrah di Tanah Suci yang menjadi kebanggaan umat Islam sejagat.

Bilakah Umrah akan berlaku?

Keluarga Jayadi sangat terharu dengan berita itu. Sudah masuk bulan Oktober, Encik Umar akan berkunjung ke tempat idamannya. Headway akan menampung semua perbelanjaan perjalanan Umar Saga. Kami berbesar hati untuk menyokong sebilangan komuniti kami dan keluarganya dalam perjalanan memburu impian mereka.

Kami menitiskan air mata semasa menyaksikan majlis penyampaian hadiah. Kongsi detik ini bersama kami: Tonton kisah penuh dan ketahui lebih lanjut tentang pemenang Dreamway pertama dalam video YouTube kami.

Dreamway tidak berhenti di sini. Jadi kejar impian anda! Ikuti Headway di Facebook untuk mengetahui tentang perkembangan terkini dan menyertai pusingan baharu Dreamway.