Log masuk

Mengapakah Syarikat Memfailkan Kemuflisan Sekarang?

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Mengapakah Syarikat Memfailkan Kemuflisan Sekarang?

Pada penghujung 2022 dan awal 2023, kami telah menyaksikan banyak berita kemuflisan. Kewangan tradisional (cth., Signature Bank) atau kewangan terpencar (cth., FTX) – kedua-duanya berada dalam keadaan yang amat tertekan sekarang. Apakah sebab untuk arah aliran semasa? Bagaimanakah hal ini mampu menjejaskan pasaran AS dan global? Jawapannya boleh diketahui melalui kes Silicon Valley Bank.

Kenapa sekarang?

Secara amnya, sebab syarikat memfailkan kemuflisan adalah berbeza-beza dan bergantung pada industri serta keadaan tertentu. Beberapa faktor menjadi penyebab syarikat memfailkan muflis atau mengisytiharkan ketakmampuan bayar dalam suasa semasa. Faktor-faktor ini termasuk:

Kesan pandemik COVID-19: Sebilangan besar syarikat terjejas teruk akibat wabak itu, kerana kelembapan ekonomi dan sekatan pergerakan yang kerap berlaku telah menyebabkan penurunan ketara dalam hasil mereka serta penyusutan permintaan ke atas produk dan perkhidmatan mereka.

Persaingan sengit: Dalam sesetengah sektor, seperti perbankan dan rangkaian media, persaingan sengit boleh mengakibatkan pengurangan dalam keuntungan serta kemerosotan bahagian pasaran syarikat. Kedua-duanya mampu memberikan kesan terhadap keupayaan mereka untuk kekal berdaya saing.

Peningkatan perbelanjaan: Syarikat mungkin menghadapi kesukaran untuk mengurus kos seperti gaji pekerja, sewa, bahan mentah dan perkhidmatan.

Pengurusan yang lemah: Pengurusan yang tidak berkesan atau keputusan yang tidak dibuat dengan bijak mampu menyebabkan pengurangan dalam keuntungan serta kemerosotan keadaan kewangan syarikat, yang akhirnya boleh mengakibatkan muflis.

Kemajuan teknologi: Syarikat mungkin sedang bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi yang pesat, seperti beralih kepada media digital dan perkhidmatan perbankan dalam talian, serta sebahagian mungkin menemui kesukaran untuk mengikuti perubahan ini.

Syarikat mestilah sentiasa berwaspada tentang cabaran baharu dan berusaha menyesuaikan diri dengan pantas dan cekap, menambah baik pengurusan, serta mengubah operasi mereka bagi menjamin kejayaan jangka panjang.

Kajian kes kemuflisan: Silicon Valley Bank

Pernahkah anda mendengar tentang kemuflisan Silicon Valley Bank baru-baru ini?

Silicon Valley Bank ialah bank Amerika khusus yang berkhidmat untuk usahawan dan syarikat permulaan, antara lain, dalam industri teknologi, sains hayat, tenaga, media dan hiburan. Pada tahun 2020, bank mengumumkan kerugian besar yang terkumpul selama beberapa tahun, yang membawa kepada pengisytiharan ketakmampuan bayar.

Kerugian ini tercetus akibat peningkatan kos pelaburan dan pengembangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, disertai dengan kegagalan untuk mencapai keuntungan yang diharapkan. Pada masa yang sama, bank tersebut menyediakan perkhidmatan perbankan yang unik dan bernilai tambah tinggi kepada sebilangan besar syarikat permulaan dan usahawan.

Walaupun Silicon Valley Bank bereputasi baik dalam industri teknologi dan permulaan, bank ini tidak berupaya mencapai kejayaan yang lestari, serta kerugian yang terkumpul sangat ketara.

Aset bank akhirnya dijual kepada Cross River Bank, sebuah institusi kewangan dengan rekod prestasi yang terbukti berjaya memenuhi keperluan syarikat pemula dan teknologi. Tawaran yang bernilai $900 juta dan diluluskan oleh badan kawal selia yang berkaitan membenarkan Cross River Bank memiliki aset Silicon Valley Bank.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, klien Silicon Valley Bank telah dipindahkan ke Cross River Bank dan mereka terus menerima perkhidmatan perbankan. Langkah ini memastikan bahawa klien Silicon Valley Bank akan terus menikmati perkhidmatan perbankan yang unik seraya cabaran kewangan bank menemui titik noktah.

Bolehkah kemuflisan memberi kesan kepada ekonomi global?

Kemuflisan bank atau syarikat besar mampu mencetuskan kesan ekonomi, kewangan dan sosial yang meluas. Berikut adalah beberapa kemungkinan natijah kemuflisan:

Kelembapan ekonomi: Kemuflisan boleh mengakibatkan kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi global. Prestasi syarikat, pasaran kewangan, pelaburan dan aliran perdagangan kesemuanya akan terjejas.

Kemerosotan pasaran kewangan: Kemuflisan mendorong kemerosotan dalam pasaran kewangan, yang mengakibatkan penurunan dalam nilai aset kewangan, saham, bon dan mata wang. Hal ini mampu menjejaskan pelabur, penyimpan, syarikat dan institusi kewangan.

Pengurangan dalam keyakinan ekonomi: Kemuflisan dapat mengurangkan keyakinan ekonomi dan ketidakpastian tentang ekonomi, syarikat dan institusi kewangan. Hal ini boleh menjejaskan pelaburan, dasar monetari dan dasar perdagangan antarabangsa.

Kesan kepada pelanggan dan pekerja: Pelanggan dan pekerja bank yang muflis akan turut terkena tempias. Pelanggan mungkin akan kehilangan wang dan sumber kewangan mereka, manakala kemuflisan boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan dan pemotongan gaji pekerja.

Campur tangan kerajaan: Kerajaan mungkin akan campur tangan untuk menyokong bank muflis dan menyelamatkannya daripada kemuflisan. Hal ini boleh menyebabkan peningkatan kos ke atas bajet kerajaan dan hutang awam.

Kesan kepada sektor perbankan global: Kemuflisan bank mampu menjejaskan keyakinan dalam sektor perbankan global secara umum. Hal ini boleh membawa kepada piawaian kawal selia dan penyeliaan yang diperketat untuk mengehadkan risiko kemuflisan bank dan melindungi dana dan simpanan awam.

Sebilangan besar kesan ini akan mula berkuat kuasa selepas kemuflisan Silicon Valley Bank. Dengan cara ini, kejatuhan SVB menyebabkan penurunan taraf bank AS yang lebih kecil (seperti First Republic Bank, US Bancorp, Western Alliance dan Zions Bancorp.)

Secara umum, langkah yang wajar seharusnya dititikberatkan untuk mengurangkan kesan negatif serta mengekalkan kestabilan kewangan dan ekonomi sekiranya bank besar muflis. Kerajaan dan pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan harus bekerja secara tegas dan berkesan untuk mengenal pasti dan menangani semua potensi risiko. Mereka juga harus meningkatkan sistem kewangan dan perbankan untuk melindungi rakyat serta ekonomi global.